Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Malam Munajat khas untuk wanita

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) minggu ini telah dibukakan khas untuk penyertaan wanita, dan telah mengundang beberapa tetamu khas daripada Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) bersama persatuan-persatuan yang bergabung dalamnya.

    Turut diundang ialah ahli Biro Warganita Pertubuhan Wargamas (PW); Kumpulan Muslimah Masjid Ar-Rahman, Kampung Tanjong Bunut; dan Kumpulan Muslimah Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak.

    Ia juga disertai oleh jemaah Muslimah dari 23 buah masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara, serta warga perempuan KHEU bersama ahli keluarga dari kediaman masing-masing.

    Hadir sama pada minggu ini ialah Yang Di-Pertua MWNBD, Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohd Yusof yang memulakan acara dari Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang dengan mengepalai bacaan Sayyidul Istighfar dan surah Al-Fatihah.

    Majlis diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Berdoalah kerana Kita HambaNya’ disampaikan oleh Pegawai Ugama di Pusat Dakwah Islamiah, Dayang Siti Juhaidah binti Haji Bujang, dari Masjid Ar-Rahman.

    Ia antara lainnya menekankan betapa pentingnya berdoa kepada Allah SWT, kerana doa itu adalah senjata bagi orang yang beriman, dan ia menunjukkan suatu tanda keyakinan dan kebergantungan kita hanyalah kepadaNya.

    Dayang Siti Juhaidah mengingatkan untuk istiqamah berdoa kepada Allah walau apa pun keadaan kita, sama ada dalam keadaan yang sentiasa mengingati Allah atau dalam keadaan yang lalai dari mengingatiNya.

    Beliau menambah, dalam kita berdoa itu hendaklah kita juga mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita atas jasa dan pengorbanan besar mereka.

    Datin Hajah Siti Hajar semasa menyertai Malam Munajat khas untuk wanita tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...