Monday, July 1, 2024
21.7 C
Brunei

    -

    Malam Senada Seirama 4.0 labuh tirai pentas perayaan Tutong

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 2 OGOS – Persembahan Malam Senada Seirama 4.0 anjuran Jammsters Entertainment telah melabuhkan tirai acara pentas perayaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 Tahun 2023 bagi Daerah Tutong baru-baru ini.

    Persembahan gabungan nostalgia, lagu terkini dan dangdut koplo di kawasan lapang berhadapan Hospital Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah itu telah dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan juga selaku Ketua Kampung Sengkarai dan Pemangku Ketua Kampung Petani, Awang Zambri bin Haji Ibrahim.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz yang juga pengerusi bersama acara pentas malam perayaan tidak ketinggalan merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada mana-mana pihak yang terlibat sepanjang berlangsungnya acara pentas itu.

    “Kemeriahan jelas terpancar di mana kunjungan orang ramai setiap malam pada acara pentas perayaan di daerah ini membuktikan sokongan penduduk setempat mahu pun luar daerah dalam sama-sama memberi sokongan bukan sahaja kepada para penggiat seni tanah air bahkan para penjaja,” tambahnya.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz turut turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kebersihan dan jangan dibiarkan bekas makanan atau minuman dibuang di merata-rata tempat.

    “Buang sampah di tempat tong sampah yang disediakan dan sama-sama kita ada rasa tanggungjawab sebagai anak Brunei,” tegas beliau.

    Persembahan Malam Senada Seirama 4.0 anjuran Jammsters Entertainment telah melabuhkan tirai acara pentas perayaan di Daerah Tutong. – Gambar serahan Ajees Hamdan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hujan menyebabkan kematian, kemusnahan di beberapa negeri di India

    NEW DELHI, 1 JULAI – Selepas gelombang haba yang membawa maut, India kini bergelut dengan hujan monsun yang lebat, yang telah menyebabkan banjir kilat,...