Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malang Kerber berterusan

    PARIS, 29 Mei – Angelique Kerber menjadi pemain pilihan utama tewas dalam pusingan pertama di Roland Garros ketika Petra Kvitova melakarkan kemenangan perlawanan pertamanya sejak terselamat dari serangan pisau yang hampir menamatkan kerjayanya.

    Pemain nombor satu dunia dari Jerman, Kerber, juara Terbuka AS, melepaskan servis sebanyak enam kali dalam kekalahan 6-2, 6-2 kepada Ekaterina Makarova dari Rusia.

    “Tekanan selalu ada terutamanya dalam pertandingan-pertandingan besar dan Grand Slam,” kata Kerber, yang memenangi kejohanan pertamanya di Terbuka Australia pada 2016.

    “Sekarang saya perlu mencari diri saya sekali lagi dan cuba untuk melupakan musim gelanggang permukaan tanah liat secepat yang mungkin dan kemudian memperbaiki permainan bagi gelanggang rumput.”

    Ia adalah penyingkiran pusingan pertama kali kedua berturut-turut di Roland Garros bagi Kerber dan permainan hambar berterusan di gelanggang tanah liat bagi pemain berusia 29 tahun itu.

    Reaksi Angelique Kerber selepas pukulan dalam kekalahan 2-6, 2-6 kepada pemain Rusia, Ekaterina Makarova dalam pusingan pertama di Terbuka Perancis. – AP
    Reaksi Angelique Kerber selepas pukulan dalam kekalahan 2-6, 2-6 kepada pemain Rusia, Ekaterina Makarova dalam pusingan pertama di Terbuka Perancis. – AP

    Dia tewas dalam perlawanan pembukaan di Stuttgart di mana dia adalah juara bertahan, mengalami kecederaan paha pada pusingan ketiga di Madrid dan tewas buat kali pertama di Rom.

    Semalam, dia terjejas dengan ‘double break’ untuk mengekori 5-1 kepada pesaing dari Rusia yang dihadapinya untuk kali ke-12.

    “Pada akhir perlawanan, ia adalah sukar kerana saya tahu dia tidak akan memberikan kemenangan mudah kepada saya, saya perlu memenanginya,” kata Makarova, bekas pemain separuh akhir di Terbuka Australia dan AS. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda