HARARE, 1 SEPTEMBER – Sekurang-kurangnya 220 orang maut akibat malaria sejak awal tahun ini, kata Kementerian Kesihatan dan Penjagaan Kanak-Kanak Zimbabwe.
Dalam laporan mingguan terbarunya, kementerian itu berkata secara kumulatif, 140,889 kes malaria direkodkan dalam tempoh itu, lapor New Ziana.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kematian akibat penyakit bawaan nyamuk itu meningkat buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun.
Matlamat kritikal dalam memerangi penyakit yang membunuh hampir setengah juta kanak-kanak Afrika pada 2020 yang kebanyakannya berumur di bawah lima tahun itu adalah menerusi suntikan yang lebih berkesan terhadap malaria. – Bernama
