Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia Airports buat laporan polis susulan gangguan sistem KLIA

    SEPANG, 27 OGOS – Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports telah membuat satu laporan polis berhubung masalah gangguan sistem yang melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Zulkifli Adamsah mengesahkan pihaknya menerima laporan itu yang dibuat oleh seorang pengurus kanan bahagian teknologi maklumat Malaysia Airports hari ini. Polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, katanya di sini hari ini yang merujuk kepada perbuatan khianat dan memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin dalam kenyataannya semalam (Isnin) tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian di KLIA mulai Rabu lalu disebabkan perbuatan berniat jahat. Malaysia Airports pada Jumaat lepas berkata kegagalan rangkaian dikenal pasti sebagai punca gangguan sistem di KLIA, yang menyebabkan kelewatan penerbangan, penumpang beratur panjang dan pengembara kecewa, serta telah mengambil langkah untuk menggantikan peralatan rangkaian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda