Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia akan sertai Super Garuda Shield sebagai pemerhati

    JAKARTA, 30 OGOS – Malaysia akan mengambil bahagian dalam latihan Super Garuda Shield 2023 selama dua minggu di Indonesia sebagai pemerhati, bermula hari Khamis dan berakhir pada 13 September.

    Super Garuda Shield 2023 merupakan latihan pertukaran ketenteraan tahunan terbesar antara Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia, menurut kenyataan Kedutaan AS di Indonesia.

    Negara pemerhati lain termasuk Brunei, Brazil, Kanada, Jerman, India, Belanda, New Zealand, Papua New Guinea, Filipina, Korea Selatan dan Timor Leste.

    AS dan Indonesia bersama lima buah negara lain, iaitu Jepun, Australia, Singapura, United Kingdom dan Perancis akan memulakan latihan pada esok.

    “Super Garuda Shield 2023 diadakan susulan kejayaan luar biasa tahun lalu.

    “Latihan multinasional bersama ini memaparkan komitmen kolektif kami dan perpaduan yang sefahaman untuk mewujudkan Indo-Pasifik yang stabil, selamat, lebih aman, bebas dan terbuka,” kata jeneral komandan Tentera Pasifik AS, Jeneral Charles Flynn. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda