Sunday, February 23, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia antara negara berpotensi tinggi dalam perkhidmatan

    KUALA LUMPUR, 7 Nov – Malaysia adalah antara negara yang mempunyai potensi perkhidmatan teknologi digital yang paling tinggi, terutama dalam kecekapan kerajaan dan pasaran tenaga kerja, kecanggihan perniagaan dan pembangunan pasaran kewangan.

    Menurut Laporan Khas Penyelidikan Global Standard Chartered ‘Productivity Slowdown – Is This Time Different?’ Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura menduduki tempat teratas dari segi potensi perkhidmatan tertinggi, yang mencerminkan pentingnya sektor berkenaan di negara terbabit, kebolehsuaian tinggi perkhidmatan dan prestasi kukuh pada petunjuk seperti pemindahan teknologi, pendidikan dan kecekapan pasaran tenaga kerja.

    Ia berkata peningkatan dalam sektor ini juga dapat membantu meningkatkan tahap produktiviti dalam sektor perkhidmatan yang lebih tradisional seperti kesihatan dan pendidikan, utiliti dan perkhidmatan sosial dan peribadi.

    “Teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan robot perkhidmatan berpotensi untuk memacu produktiviti dengan lebih pantas, walaupun dalam perkhidmatan yang lebih tradisional ini,” katanya.

    Laporan itu juga menyebut kajian utama oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan mendapati firma ‘utama dunia’, yang paling produktif, dalam perkhidmatan, mencapai pertumbuhan produktiviti sebanyak 5.0 peratus setahun manakala firma bukan utama mencatatkan penurunan produktiviti 0.1 peratus setahun pada tahun 2000-an.

    “Pertumbuhan produktiviti firma utama dalam perkhidmatan lebih tinggi berbanding firma utama dalam pembuatan (3.5 peratus setahun) dalam tempoh yang sama,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda