Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia antara negara catat paling ramai pengguna terjejas ancaman dalam talian

    NEGOMBO, 5 OGOS – Malaysia adalah antara lima negara teratas di rantau Asia Pasifik (Apac) yang mencatatkan pengguna paling ramai terjejas dengan ancaman secara dalam talian, kata syarikat keselamatan siber global, Kaspersky.

    Menurutnya, lebih daripada suku bilion ancaman dalam talian dikesan di rantau berkenaan bagi tempoh Januari hingga Julai 2024.

    Pengarah Pasukan Penyelidikan dan Analisis Global Kaspersky, Igor Kuznetsov berkata ancaman dalam talian merujuk kepada pengguna yang menghadapi ancaman dalam talian melalui muat turun daripada Internet dan pancing data secara dalam talian.

    Beliau berkata Filipina mendahului senarai itu yang melibatkan sejumlah 39.4 peratus pengguna terjejas.

    “Ini diikuti oleh Nepal (36.8 peratus), Sri Lanka (34.9) peratus, Malaysia di tempat keempat iaitu 31.4 peratus dan New Zealand (30.9 peratus),” katanya dalam sesi pembentangan pada Minggu Keselamatan Siber Kaspersky Apac 2024 hari ini.

    Kuznetsov berkata Kaspersky turut mengesan lebih 340 juta ancaman tempatan, yang merujuk kepada pengesanan menerusi muat turun fail daripada media luaran seperti pemacu pena di komputer atau peranti mudah alih. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda