Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Malaysia, AS kukuh kerjasama bidang keselamatan

    LAHAD DATU 28 SEPT – Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) terus mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam bidang keselamatan, dengan pelaksanaan julung kali Eksesais Balance Mint 22-2450 selama 20 hari di sini.

    Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) DCP Hamzah Ahmad berkata eksesais yang berakhir hari ini membabitkan petugas Civil Affairs Team 722 (CAT 722) dari United States Special Operation Command (USSOCOM) serta ESSCom.

    “Dalam eksesais ini, peserta didedahkan dengan teori aspek kerjasama awam tentera merangkumi interaksi pasukan keselamatan awam bersama masyarakat, seterusnya menyumbang pengukuhan hubungan serta persepsi positif terhadap pasukan keselamatan.

    “Selain aspek teori, peserta juga dapat mengaplikasikan pengetahuan melalui latihan di lapangan termasuk sebagai pengerak balas pertama perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Hamzah berkata eksesais itu berjaya dilaksanakan mengikut terma rujukan ditetapkan kedua-dua pihak. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...