Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia, AS selesai jalani latihan ‘Bersama Warrior’ dan ‘Keris Strike’

    KUALA LUMPUR, 17 JUN – Malaysia dan Amerika Syarikat hari ini mengakhiri dua latihan ketenteraan bersama dwi tahunan, ‘Keris Strike 2022’ dan ‘Bersama Warrior 2022’, masing-masing di Sungai Buloh, Selangor dan Kuantan, Pahang.

    Keris Strike, ditaja oleh Tentera Pasifik AS dan dihoskan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan diadakan bagi kali ke-26 tahun ini, menyumbang kepada peningkatan kesiapsagaan pertahanan dan kebolehan saling kendali taktikal kedua-dua negara selain membina perkongsian keselamatan yang erat.

    Sementara latihan ‘Bersama Warrior’, yang ‘memasuki kali kelapan, ditaja oleh Komando Indo-Pasifik AS dan dihoskan oleh ATM.

    “Latihan itu meningkatkan kesediaan pertahanan AS dan Malaysia dan keupayaan saling kendali serta mengukuhkan hubungan Program Perkongsian Negara antara ATM dan Pasukan Pengawal Kebangsaan Washington,” menurut satu kenyataan Kedutaan AS di Malaysia.

    Pegawai Pemerintah Pasukan Petugas Keris Strike Lt. Kol Joshua Suthoff berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian latihan Keris Strike bersama rakan sejawat Tentera Darat Malaysia.

    “Kami bukan sahaja membangunkan kesiapsagaan kedua-dua formasi melalui latihan hutan yang sukar, tetapi anggota kami menjalin hubungan tulen yang berkekalan,” kata komander Skuadron Ke-3, Rejimen Ke-4 Kereta Perisai, Pasukan Tempur Briged Infantri Ke-3, Divisyen Infantri ke-25. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda