Tuesday, February 11, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia bakal menentang Papua New Guinea

    KUALA LUMPUR, 31 MEI – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan perlawanan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Yaman di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, Terengganu pada 20 Jun ini terpaksa dibatalkan.

    Ia berikutan Persatuan Bolasepak Yaman (YFA) pada saat akhir semalam menyatakan hasrat membatalkan perlawanan tersebut atas alasan ketiadaan pemain utama kerana menyertai skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara itu yang akan beraksi dalam kejohanan di Iraq.

    Bagaimanapun, skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon akan menentang Papua New Guinea yang bersetuju untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Yaman pada tarikh berkenaan.

    “Pembatalan saat akhir daripada pihak YFA sekali gus memaksa FAM perlu segera mencari pasukan pengganti sesuai dalam masa yang agak suntuk dengan pilihan terhad memandangkan kebanyakan pasukan lain sudah mempunyai lawan masing-masing pada kalendar FIFA kali ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda