Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

Malaysia bangkit atasi Uruguay

-

KUALA LUMPUR, 8 APRIL – Kemenangan tipis 2-1 ke atas Uruguay melayakkan skuad wanita muda Malaysia untuk beraksi pada pusingan penentuan kedudukan kesembilan hingga ke-12 di pentas Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan.

Dalam perlawanan penentuan tempat kesembilan hingga ke-16 semalam, pasukan Malaysia terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan pukulan sudut penalti Elisa Civetta pada minit ke-35.

Tersentak dengan jaringan lawan, skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu bangkit dengan menjaringkan dua gol padang dalam tempoh selang seminit pada suku keempat perlawanan, masing-masing menerusi Siti Nur Arfah Mohd Nor pada minit ke-53 disusuli dengan jaringan Nuramirah Shakirah Zulkifl pada minit ke-54, dan kedudukan itu kekal hingga wisel penamat.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia dijadual bertemu Ireland esok bagi pusingan penentuan tempat kesembilan hingga ke-12.

Skuad remaja kebangsaan sebelum ini gagal mara ke peringkat suku akhir selepas menduduki tangga tercorot Kumpulan D dengan hanya satu mata.

Malaysia membuka tirai kempen kumpulan dengan mengalami kekalahan besar 0-10 kepada Jerman, diikuti dengan kedudukan seri 3-3 menentang Wales dan tumpas 0-4 kepada pasukan India. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -