BEIJING, 26 April – Syarikat Malaysia, G3 Global Berhad, memeterai kerjasama strategik dengan dua syarikat China untuk membangunkan taman Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia.
Kerjasama antara G3 Global dan SenseTime Group serta China Harbour Engineering Company (CHEC) dari China itu telah dipersetujui semasa kunjungan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke pejabat SenseTime Beijing di sini, hari ini.
“Taman itu akan berfungsi sebagai platform bagi pembangunan penyelesaian AI dalam bahagian visi komputer, pengenalan pertuturan, bahasa semula jadi dan humanoid/robotik. – Bernama
