KANGAR, 29 MEI – Malaysia kini berjaya menanam 33 juta pokok sejak pelancaran Kempen Penanaman 100 Juta Pokok pada 5 Jun 2021, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata 33 juta pokok itu merangkumi lebih 1,000 spesies pokok di seluruh negara.
“Perlis juga tidak ketinggalan apabila sehingga kini telah berjaya menanam 120,399 pokok iaitu bersamaan 60.20 peratus daripada sasaran 2022,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Kembara Hijau bersama Himpunan Outdoorians Malaysia (HOM) sempena Kempen Penghijauan Malaysia dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis di sini hari ini. – Bernama