Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia bimbang tindakan ahli parlimen Belanda

    PUTRAJAYA, 31 DIS – Malaysia hari ini menzahirkan kebimbangan berhubung tindakan terbaru ahli Parlimen Belanda yang juga pemimpin Party of Freedom (PVV), Geert Wilders yang menganjurkan kembali pertandingan karikatur Nabi Muhammad SAW walaupun tindakannya yang sama sebelum ini mendapat tentangan dan kutukan, menurut Wisma Putra.

    “Langkah itu tidak wajar dan berniat jahat, hanya akan menimbulkan ketidakharmonian dan kebencian, oleh itu tindakan itu perlu dikutuk. Sehubungan itu, Malaysia menyeru semua individu dan organisasi yang cintakan keamanan supaya menolak tindakan itu,” kata Wisma Putra dalam kenyataan hari ini.

    Malaysia berpegang kepada kebebasan bersuara sebagai asas hak asasi manusia namun tegas Wisma Putra tindakan merendahkan dan mencemarkan Nabi Muhammad SAW yang suci melangkaui skop hak tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda