Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Malaysia buru slot automatik ke Piala Thomas, Uber

    PETALING JAYA, 27 JAN – Skuad badminton Malaysia memburu tiket automatik ke kejohanan berprestij Piala Thomas dan Piala Uber 2022, pada Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dari 15 hingga 20 Februari depan.

    Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh (gambar-Bernama) berkata badan induk itu akan mempertaruhkan barisan pemain terbaik, yang melalui persediaan rapi bagi menggalas cabaran negara.

    Lebih menarik, beliau berkata pihaknya tidak menutup peluang pemain bebas menyertai skuad negara dalam kejohanan itu, yang dianjurkan Majlis Sukan Negeri Selangor bersama kerajaan Malaysia sebagai hos, selain mendapat kerjasama Badminton Asia dan BAM.

    “Kita akan lihat pemain sedia ada termasuk di dalam dan luar BAM, siapa yang terbaik. Kita akan lihat pelbagai faktor termasuk daripada segi sumbangan pemain itu dan juga daripada aspek taktikal, sebab ini ialah acara berpasukan.

    “Saya sentiasa berkomunikasi dengan kedua-dua pengarah kejurulatihan, jadi mereka mengatakan persediaan memang agak rapi dan walaupun kita baru sahaja tahu mengenai kejohanan, tetapi pemain telah bersedia dan akan berikan prestasi terbaik,” katanya ketika ditemui pada sidang media BATC 2022 di sini, hari ini.

    Skuad badminton lelaki negara muncul naib juara BATC 2020 selepas tewas kepada Indonesia di pentas pusingan akhir, sementara perjalanan skuad wanita negara terhenti di separuh akhir apabila kecundang di tangan Jepun.

    Bagaimanapun, kejayaan mara ke separuh akhir sudah cukup untuk mengesahkan slot secara merit kedua-dua skuad negara di Piala Thomas dan Piala Uber 2020. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...