Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Malaysia cadang Tahun Kemahiran ASEAN 2025

    JAKARTA, 3 SEPT – Malaysia mencadangkan agar 2025 ditetapkan sebagai Tahun Kemahiran ASEAN dan merancang untuk melancarkan beberapa inisiatif dalam sektor buruh sebagai sebahagian daripada peranannya selaku Pengerusi ASEAN akan datang, menurut Sekretariat ASEAN.

    Cadangan ini dibincangkan kelmarin dalam satu pertemuan antara Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi Komuniti Sosio Budaya, Ekkaphab Phanthavong.

    Khairul Dzaimee yang mengetuai delegasi peringkat tinggi termasuk Nurul Jiana Mohd Jamel, kaunselor buruh di Kedutaan Malaysia bertemu dengan Phanthavong di Sekretariat ASEAN di sini.

    Laos akan menyerahkan kepimpinan ASEAN kepada Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober, di Vientiane.

    Malaysia pernah memegang jawatan Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

    Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, ASEAN kini terdiri daripada 10 negara anggota iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Singapura,dan Vietnam.

    Timor-Leste masih menunggu untuk menjadi anggota penuh kumpulan itu. – Bernama

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Pasukan Dodgeball Brunei sertai ADC

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Mesyuarat ASSC pastikan ASG berjalan lancar

    Oleh Sim Y.H. - BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV –...

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...