KUALA LUMPUR, 13 MEI – Kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas terus meningkat kepada 4,855 kes berbanding 4,765 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter beliau berkata dalam tempoh itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,783 kes diikuti Kuala Lumpur (521) dan Johor (467).