Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia catat 847 kes baharu, 5 kematian

    PUTRAJAYA, 22 OKT – Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali melonjak kepada 847 kes selepas mencatat penurunan semalam selain turut merekodkan lima lagi kematian baharu dan 486 kes pulih.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan dalam tempoh 24 jam lepas itu menjadikan angka terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 23,804 kes dengan kes aktif sebanyak 8,183 kes.

    Menurutnya, daripada 847 kes baharu, terdapat lima kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan di Selangor yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara iaitu empat kes dari India dan satu kes dari Amerika Syarikat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda