Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia catat lebih 100,000 jualan kenderaan elektrik

    KUALA LUMPUR, 12 DIS – Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan kenderaan elektrik yang kukuh setiap tahun dan kerajaan optimis momentum positif itu akan berterusan sehingga penghujung 2023, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

    Beliau berkata, setakat ini, Malaysia merekodkan lebih daripada 100,000 kenderaan elektrik berdaftar.  

    “Lebih 12,000 kenderaan elektrik bateri (BEV) telah didaftarkan sejak 2011 dengan bilangan BEV yang didaftarkan pada tahun ini sahaja telah melebihi 9,000 unit,” katanya dalam ucapan beliau semasa majlis pelancaran awal Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) di sini, hari ini.

    Bagi tempoh 10 bulan pertama 2023, jualan kenderaan Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh meningkat sebanyak 11.6 peratus kepada hampir 647,000 unit.

    Tengku Zafrul berkata beliau percaya kenderaan elektrik akan menjadi pemangkin kepada eksport industri pembuatan Malaysia. 

    Menjelas lanjut beliau berkata produk elektrik dan elektronik (E&E) yang merupakan rantaian bekalan utama kepada sektor EV menyumbang 40 peratus daripada 80 peratus eksport Malaysia daripada sektor pembuatan. 

    “Oleh itu terdapat banyak potensi dalam kenderaan generasi baharu yang memerlukan lebih banyak komponen, sebagai contoh, komposit semikonduktor, komponen cip dalam kereta hari ini, malahan kereta hibrid adalah kira-kira 1500 cip dalam sesebuah kereta.

    ‘Dalam kereta EV, ia boleh mencapai sehingga sekurang-kurangnya 3000 cip dalam sesebuah kereta dan cip-cip ini datang daripada sektor E&E,” katanya.

    Malaysia kekal sebagai destinasi menarik untuk pelabur EV. Antara tempoh 2018 dan Jun 2023, MIDA meluluskan 59 projek EV bernilai RM26.2 bilion dan ekosistem berkaitannya untuk pemasangan kenderaan, bahagian pembuatan dan komponen pengecasan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda