Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia di kedudukan ideal jadi hab CCUS serantau

    KUALA LUMPUR, 8 APRIL – Malaysia di kedudukan yang ideal untuk pembangunan hab Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) serantau, berikutan beberapa medan pengeluar gas utama menghampiri penghujung jangka hayatnya untuk penyimpanan karbon.

    Dalam satu kenyataan, Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata lebih 2.4 gigatonne kapasiti storan berpotensi telah dikenal pasti di 16 medan Malaysia yang semakin berkurangan.

    “Projek Kasawari berada di barisan hadapan dalam pembangunan CCUS di Malaysia, diikuti dengan projek Lang Lebah,” kata bank pelaburan itu hari ini.

    Projek Kasawari melibatkan pembinaan dan pemasangan platform tetap luar pesisir yang mana ia akan dihubungkan dengan Kasawari fasa 1 (pengekstrak gas), yang terletak di Blok SK316, kira-kira 200 kilometer dari Bintulu, Sarawak.

    Kedua-dua medan gas CO2 tinggi – Kasawari dan Lang Lebah masing-masing dijangka beroperasi menjelang 2026 dan 2028.

    Di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Malaysia menyasarkan untuk membangunkan tiga hab CCUS dengan jumlah kapasiti penyimpanan sehingga 15 juta tan setahun menjelang 2030.

    Bagaimanapun, HLIB menegaskan bahawa tidak seperti Indonesia, Malaysia tidak mempunyai rangka kerja kawal selia dan tadbir urus yang diperlukan bagi merangsang pembangunan CCUS. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda