Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Malaysia dijangka catat 3.9 peratus pada suku pertama 2023

    KUALA LUMPUR, 5 JAN- Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia diramal akan mencatatkan pertumbuhan sederahana pada kadar 3.9 peratus pada suku pertama 2023 (S1 2023) di tengah-tengah risiko kelembapan ekonomi global, kata Kenanga Research.

    Firma penyelidikan itu dalam satu kenyataan penyelidikan hari ini berkata kelembapan ekonomi global serta jangkaan peningkatan inflasi dijangka akan menjejaskan prestasi eksport negara dan harga komoditi.

    Ini, katanya, boleh membawa kepada langkah mengetatkan lagi kewangan menerusi kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh bank negara.

    Bagi kali kelima berturut-turut, BNM dijangka menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi pada Januari ini.

    “Bagaimanapun, kami melihat risiko pertumbuhan perlahan itu terhad memandangkan risiko politik yang rendah, susulan kejayaan pembentukan kerajaan perpaduan dan perbelanjaan swasta yang kukuh yang disokong oleh pelbagai sokongan dasar seperti penyambungan pemberian subsidi dan program pindahan tunai bagi kumpulan B40, serta impak positif daripada kelonggaran dasar sifar COVID-19 China. – Bernama

    Malaysia dijangka catat pertumbuhan sederhana pada suku pertama 2023. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...