Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Terbuka Lelaki dan Wanita Paling Kuat Chainblock Borneo 2022 telah diadakan di tempat letak kereta Jalan Bendahara, baru-baru ini.
Atlet Malaysia, Choo Kok Wei muncul juara dalam kategori lelaki, manakala rakan senegara, Joyce Heng menjuarai kategori wanita.
Muhd Hamizan bin Haji Zainal mendapat tempat kedua, diikuti oleh Pengiran Roslannie bin Pengiran Haji Jumat di tempat ketiga dalam kategori lelaki.
Bagi kategori wanita, Alinawati binti Haji Aliakbar memenangi tempat kedua, manakala Norsyairah binti Suhaili mendapat tempat ketiga.
Sementara itu, kategori veteran telah dimenangi oleh Pengiran Azizul Aliakbar bin Pengiran Haji Badaruddin, diikuti oleh Salman Singar di tempat kedua dan Sofri bin Haji Tamit di tempat ketiga.
Pengiran Dato Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu daripada Persatuan Orang Kuat Brunei Darussalam telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Chainblock Brunei yang diketuai oleh presidennya, Pengiran Azizul Akbar bin Pengiran Haji Badaruddin.
Pada awal bulan ini, pertandingan Terbuka Lelaki dan Wanita Paling Kuat Chainblock Brunei 2022 telah menyaksikan lima kedudukan teratas dipilih bagi mewakili negara.
Muhd Hamizan muncul juara dalam acara tersebut manakala kategori wanita telah dimenangi oleh Norsyairah.
