Tuesday, December 17, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia gagalkan sindiket seludup kura-kura

    KUALA LUMPUR, 4 JULAI – Pihak berkuasa Malaysia berjaya menyelamatkan ratusan kura-kura yang diseludup untuk dijual di Asia Tenggara, sekali gus memutuskan rangkaian jenayah antarabangsa yang dikenali sebagai Geng Ninja Turtle, menurut seorang pegawai hidupan liar hari ini.

    Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Malaysia, Abdul Kadir Abu Hashim, berkata 400 ekor kura-kura bernilai RM3.8 juta yang ditujukan untuk perdagangan haiwan eksotik telah dirampas dalam operasi bersama polis dan pegawai hidupan liar pada Sabtu lalu.

    “Ini adalah rampasan terbesar dalam tempoh 10 tahun,” kata Abdul Kadir kepada AFP, sambil menambah bahawa reptilia tersebut akan dijual ke Thailand dan Indonesia selepas permintaan tempatan dipenuhi.

    Beliau berkata kura-kura itu dipercayai diseludup dari India, Pakistan, Bangladesh, dan Nepal.

    Operasi bersama yang diberi nama ‘Sumber Negara Bersatu’ telah melumpuhkan sindiket penyeludupan kura-kura yang dikenali sebagai Geng Ninja Turtle.

    Operasi itu melibatkan pengejaran kereta, di mana pemandu sebuah kenderaan yang disyaki digunakan dalam penyeludupan tersebut telah ditahan.

    Pemandu itu kemudiannya membawa pegawai penguatkuasa ke lokasi di mana kura-kura darat tiga rabung yang jarang ditemui dan kura-kura bintang India disimpan. – AFP

    freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda