Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Malaysia gantung eksport ayam 1 Jun

    KUALA LUMPUR, 24 MEI – Tindakan Malaysia untuk mengurangkan eksport ayam bertujuan mengawal kenaikan harga dan membendung kekurangan domestik telah menimbulkan kebimbangan negara jiran Singapura hari ini.

    Negara Asia Tenggara itu adalah negara terbaharu yang bertindak mengawal eksport makanan ketika harga naik, selepas India melarang hantaran gandum dan Indonesia menggantung eksport minyak sawit untuk sementara waktu.

    Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan lewat semalam bahawa eksport ayam sehingga 3.6 juta sebulan akan dihentikan bermula 1 Jun ‘sehingga harga dan bekalan menjadi stabil.’

    “Kerajaan memandang serius isu kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam buat masa sekarang yang telah memberikan kesan kepada rakyat, kata beliau dalam satu kenyataan.

    Tindakan itu menyusuli aduan yang meningkat di Malaysia tetapi ia menimbulkan kebimbangan di Singapura, negara kota kecil yang bergantung pada jirannya untuk bekalan makanan. Kira-kira satu pertiga daripada import ayam Singapura datang dari Malaysia pada 2021, menurut agensi makanan negara itu.

    Agensi itu mengeluarkan amaran mengenai ‘gangguan sementara terhadap bekalan ayam beku’ tetapi menambah mereka sedang bekerjasama dengan pengimport untuk meminimumkan kesan. – AFP

    Penjual ayam, Mohamad Nasir Abdul Kalam menyusun beberapa ekor ayam di gerainya di Pasar Awam Chowrasta berikutan kekurangan ayam baru-baru ini. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan lewat semalam bahawa eksport ayam akan dihentikan bermula 1 Jun. – Bernama
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...