Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Malaysia gesa ASEAN libatkan diri dengan NUG, NUCC

    KUALA LUMPUR, 20 SEPT – Malaysia mengulangi gesaannya agar ASEAN menjalin hubungan lebih baik dengan pihak berkepentingan di Myanmar iaitu Kerajaan Perpaduan Negara (NUG) yang dipilih rakyat sebelum rampasan kuasa dan Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) bagi menangani krisis yang semakin memuncak. 

    Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata penting untuk badan serantau itu melibatkan kedua-dua pihak berkenaan dalam rundingan yang inklusif dan adil.

    “Bagi pemerhati dan mereka yang mengikuti perkembangan di Myanmar, awda akan tahu bahawa keadaan sangat kompleks dan terdapat banyak pihak berkepentingan.

    “Malaysia tidak berpuas hati dengan penglibatan itu kerana sejak beberapa bulan lalu, kami telah menggesa ASEAN untuk melibatkan wakil dari NUG dan NUCC.

    “Ya, mungkin pada masa lalu, terdapat pandangan yang berbeza, tetapi selepas rampasan kuasa dan terutamanya sejak beberapa bulan kebelakangan ini, saya rasa NUG telah melakukan tugas yang bagus dengan membina keyakinan dalam kalangan pihak berkepentingan.

    “….Saya fikir awda mungkin tidak melihat perpaduan seperti itu dalam kalangan pihak berkepentingan,” katanya pada sidang media di Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York hari ini.

    Sidang media itu dianjurkan Ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR), Naib Presiden Parlimen Eropah dan Pengerusi Siasatan Parlimen Antarabangsa (IPI) mengenai tindak balas global terhadap krisis di Myanmar, Heidi Hautala.

    Turut hadir Ahli Parlimen Klang dan Pengerusi APHR, Charles Santiago.

    Saifuddin mengulangi bahawa ASEAN harus mengusahakan rangka kerja yang mempunyai pengakhiran jelas termasuk mengembalikan demokrasi di Myanmar. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...