Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia hantar permohonan tambah kuota haji – Mohd Na’im

    KUALA LUMPUR, 18 SEPT – Malaysia telah menghantar permohonan kepada kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota jemaah haji bagi musim haji tahun hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

    Mohd Na’im berkata surat rasmi mengenai permohonan itu telah dihantar kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah dan setakat ini jumlah kuota haji untuk Malaysia masih kekal sebanyak 31,600.

    “Saya telah memberi surat rasmi kepada Menteri Haji Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah memohon untuk mendapatkan kuota tambahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Tamat Operasi dan Penghargaan Sahabat Korporat Tabung Haji (TH) Musim Haji 1446H, hari ini.

    Majlis tersebut yang diadakan sebagai manifestasi penghargaan kepada semua agensi kerajaan, swasta serta sahabat korporat yang telah berganding bahu menjayakan Operasi Haji Musim 1446H.

    Turut menerima penghargaan pada majlis itu wartawan penyiaran Bernama Radio Nurliyana Farhah Ruslan. – Bernama

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berucap pada Majlis Doa Selamat Penutup Operasi Haji dan Penghargaan Rakan Korporat Tabung Haji Musim Haji 1446H/2025M di Menara Tabung Haji, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda