Saturday, December 28, 2024
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia, Hong Kong, Iran akan meterai FTA

    SERDANG, 31 Julai – Malaysia dijangka memeterai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Hong Kong dan Iran menjelang akhir tahun ini.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata Malaysia setakat ini sudah memeterai 13 FTA dengan rakan ASEAN serta rakan dialog yang lain.

    “Kita perlu mempercepatkan lagi pemeteraian FTA ini ketika Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) sedang mencatat kemajuan.

    “Malah, FTA antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) juga sedang diusahakan,” katanya kepada pemberita selepas satu sesi penglibatan dan perbincangan mengenai prestasi perdagangan serta pelaburan Malaysia di Universiti Putra Malaysia, di sini, hari ini.

    Mengulas lanjut, Ong berkata sektor minyak sawit menjadi tumpuan berikutan kebimbangan mengenai pendirian serta dasar diskriminasi EU terhadap komoditi berkenaan. EU merupakan pasaran minyak sawit terbesar Malaysia yang mana eksportnya bernilai RM10 bilion pada 2016.

    FTA antara Malaysia dan 27 negara-negara EU juga dijangka meningkatkan perdagangan sebanyak  20 peratus hingga 30 peratus berbanding 10 peratus ketika ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda