Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia, India bekerjasama wujudkan makmal reka cipta

    PUTRAJAYA, 7 April – Malaysia dan India akan bekerjasama mewujudkan makmal reka cipta bagi melatih usahawan baharu kedua-dua negara menghasilkan produk masing-masing, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

    Cadangan mewujudkan makmal itu adalah susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke India baru-baru ini di mana syarikat India, terutama di Lembah Silikon negara itu, Bangalore, berminat bekerjasama dengan syarikat Malaysia, katanya.

    Mohd Irwan Serigar berkata, makmal reka cipta itu dijangka beroperasi pada suku ketiga tahun ini yang menawarkan kursus jangka pendek selama enam bulan dalam kemahiran reka cipta produk seperti menghasilkan komponen kereta baharu.

    Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berucap ketika program Latihan Usahawan 1Malaysia (1MET) 2017 di Dewan Kementerian Kewangan Bangunan Perbendaharaan kelmarin. - Bernama
    Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berucap ketika program Latihan Usahawan 1Malaysia (1MET) 2017 di Dewan Kementerian Kewangan Bangunan Perbendaharaan kelmarin. – Bernama

    “Antara golongan yang dijangka memanfaatkan makmal reka cipta tersebut ialah graduan yang baru menamatkan pengajian dan berhasrat menjadi usahawan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Engagement Day 1Malaysia Entrepreneur atau 1Met di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

    Mohd Irwan Siregar berkata, rakyat Malaysia perlu merebut peluang untuk menjadi usahawan berikutan kemasukan pelaburan dari China dan India bagi merealisasikan visi Malaysia untuk menjadi salah satu lembah silikon di dunia.

    “Produk yang dihasilkan usahawan Malaysia perlulah bersifat Asia, supaya ia boleh dipasarkan di India, China dan Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada separuh penduduk dunia,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda