JAKARTA, 14 FEB – Malaysia dan Indonesia dijangka menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) untuk mengalakkan perdagangan sektor halal antara kedua-dua negara pada Jun depan, demikian menurut Kementerian Agama Indonesia.
Ketua setiausahanya Nizar Ali berkata draf MoC yang disepakati Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Indonesia dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dibincangkan sejak pertengahan 2022 dan dimuktamadkan pada Januari tahun ini.
“Kita berharap MoC halal Indonesia-Malaysia ini dapat ditandatangani ketika Presiden Joko Widodo berkunjung ke Malaysia pada Jun,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama


