Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia jumpa UAE

    KUALA LUMPUR, 28 JAN – Aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara skuad Harimau Malaya dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), bakal berlangsung di Stadium Al Maktoum, Dubai pada 26 Mac ini.

    Perkara itu disahkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi lawan sesawang rasmi mereka.

    Selepas cabaran getir menentang pasukan ranking ke-71 dunia itu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan menerima kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac, sebelum menamatkan kempen Kumpulan G menentang Thailand di Bangkok pada 9 Jun. Malaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia, terlebih dahulu akan memanaskan diri menentang Bahrain di Stadium Khalifa Sports City, Isa Town pada 21 Mac.

    Selepas lima aksi setakat ini, Malaysia menduduki tangga kedua dengan sembilan mata, manakala Vietnam menerajui kumpulan dengan 11 mata, diikuti Thailand di tempat ketiga, UAE yang meraih enam mata daripada empat perlawanan dan Indonesia yang tewas kesemua lima perlawanan.

    Hanya juara kumpulan bersama empat (lima jika Qatar layak) daripada lapan naib juara kumpulan akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia Qatar, selain meraih kelayakan automatik ke Piala Asia di China. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda