Wednesday, March 29, 2023
22.1 C
Brunei

-

Malaysia kecam sekerasnya serangan bom di masjid Peshawar

PUTRAJAYA, 1 FEB – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bom bunuh diri ke atas sebuah masjid di Police Lines, Peshawar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Isnin.

Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini, Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan Pakistan.

Malaysia juga mengulangi pendirian menolak sebarang tindakan keganasan dalam semua bentuk dan manifestasi.

“Kami bersolidariti bersama saudara dan saudari Pakistan dalam memerangi ancaman keganasan dan kami menyeru agar pelaku jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian, menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad terus memantau dengan teliti perkembangan terkini insiden itu di samping berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini.

Angka kematian akibat insiden pengeboman itu meningkat kepada 100  nyawa susulan lebih banyak mayat ditemukan dalam runtuhan masjid kelmarin. – Bernama

Aktivis-aktivis melaungkan slogan dan membawa pelekat-pelakat semasa bantahan di Lahore kelmarin, bagi menentang pengeboman berani mati di masjid dalam ibu pejabat polis di Peshawar. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -