KUALA LUMPUR, 2 MAC – Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang kompetitif dalam persekitaran ketidaktentuan, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Azmin dalam satu kenyataan hari ini berkata DHL Global Connectedness Index (GCI) 2020 telah meletakkan Malaysia di tempat kedua antara negara-negara Asia Pasifik dan ke-16 daripada 169 negara untuk hubungan perdagangan.
Kajian bersama oleh (penyedia perkhidmatan penasihat perakaunan) KPMG dan Manufacturing Institute di Amerika Syarikat juga meletakkan Malaysia di kedudukan keempat antara 17 negara dalam penilaian yang membandingkan daya saing ekonomi sebagai pusat pembuatan. – Bernama
