Monday, December 23, 2024
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia, Korea S adakan rundingan FTA pusingan kelima

    SEOUL, 22 OKT – Korea Selatan pada Selasa memulakan pusingan kelima rundingan bagi perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala dengan Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha Seoul untuk meluaskan portfolio perdagangannya.

    Agensi berita Yonhap melaporkan pusingan terbaharu rundingan FTA itu bermula di Seoul bagi sesi selama empat hari susulan penyambungan semula rundingan pada Ogos lalu selepas terhenti selama lima tahun, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.

    Walaupun Korea Selatan mempunyai FTA dengan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), negara itu kini berusaha untuk memperkukuh hubungan ekonomi dengan negara-negara anggota menerusi perjanjian perdagangan bebas berasingan.

    Kementerian itu memaklumkan bahawa kedua-dua negara berhasrat untuk mencapai kemajuan dalam rundingan merangkumi 13 sektor utama termasuk barangan, perkhidmatan, pelaburan, kerjasama ekonomi dan industri digital.

    “Berdasarkan perbincangan sebelum ini, kedua-dua negara merancang untuk mempercepatkan rundingan dalam setiap sektor dan mengurangkan perbezaan,” menurut kementerian. – Bernama

    Gambar dari udara menunjukkan kapal kontena berlabuh di terminal kontena Kwai Chung di Hong Kong kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda