Friday, February 14, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia kutuk insiden tembakan di Gereja Texas

    KUALA LUMPUR, 6 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk insiden membabitkan seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan semasa upacara sembahyang di sebuah gereja di Sutherland Springs, Texas, Amerika Syarikat pada Ahad.

    Beliau menyuarakan rasa jijik terhadap serangan yang dilakukan di rumah ibadat.

    “Jijik dengan satu lagi serangan berlaku di tempat beribadat. Ingatan dan doa saya buat mereka yang terjejas akibat insiden tembakan yang dahsyat di Texas,” kata beliau menerusi tweeter hari ini.

    Media asing melaporkan 26 orang terkorban selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika upacara sembahyang sedang berlangsung di sebuah gereja di Sutherland Springs, Texas, pada Ahad.

    Agensi berita Xinhua memetik Gabenor Greg Abbott sebagai berkata serangan bersenjata di gereja itu merupakan insiden tembakan paling buruk dalam sejarah di negeri berkenaan. Menurut pihak berkuasa, mangsa berusia sekitar lima hingga 72 tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda