Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia lantik perwakilan baharu ke PBB, ASEAN

    PUTRAJAYA, 14 FEB – Kerajaan Malaysia melantik Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat. 

    Sementara itu, bekas Pesuruhjaya Tinggi ke New Zealand, Nur Izzah Wong Mee Choo pula dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta, Indonesia. 

    Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyampaikan surat pelantikan kepada kedua-dua duta di kementerian itu hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda