KUALA LUMPUR, 24 OKT – Sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya tidak dibenarkan berkuat kuasa esok hingga 27 Nov ini bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan dan peningkatan kes mendadak COVID-19. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan berkata ia termasuk penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya. Beliau berkata berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM), antara penyumbang kepada peningkatan