Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia larang penjualan produk Hong Thai Inhaler – KKM

    PUTRAJAYA, 6 NOV – Produk herba ‘Hong Thai Inhaler’ didapati tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan dilarang dijual di Malaysia selepas produk itu dilaporkan ditarik balik di Thailand berikutan pencemaran oleh bakteria berbahaya.

    Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pihaknya telah melaksanakan tindakan kawalan segera termasuk membuat saringan penjualan produk berkenaan di platform e-dagang, menyekat pautan penjual terlibat serta meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap penjual yang masih memasarkan produk terbabit.

    Menurut KKM, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) telah mengesan 335 pautan iklan dan jualan produk itu oleh penjual tempatan dan luar negara dan telah mengemukakan Notifikasi Aduan kepada pihak platform terbabit untuk menurunkan iklan bagi melindungi kesihatan pengguna.

    Orang awam dinasihatkan menghentikan penggunaan produk tersebut serta-merta dan mendapatkan nasihat perubatan sekiranya mengalami kesan sampingan atau gejala mencurigakan. – Bernama

    Produk herba ‘Hong Thai Inhaler’ didapati tidak berdaftar dan dilaporkan ditarik balik di Thailand berikutan pencemaran oleh bakteria berbahaya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda