Saturday, March 22, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia ‘libas’ Perancis dalam acara kuadran

    KUALA LUMPUR, 20 MAC – Malaysia memulakan aksi pertama Kumpulan B acara kuadran Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2025 dengan langkah kanan, selepas menewaskan Perancis 2-0 di Bihar, India hari ini.

    Skuad negara yang dibarisi Muhammad Shahalril Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak dan Muhammad Fetri Mohd Azwadi tidak berdepan masalah untuk memenangi set pertama 15-6 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Patliputra.

    Pada set kedua, Malaysia membuat dua pertukaran dengan kemasukan Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin sebelum menundukkan gandingan Perancis 15-7.

    Skuad negara dijadual beraksi pada perlawanan kedua Kumpulan B menentang Myanmar yang turut diadakan petang ini. Sebelum ini, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) meletakkan sasaran realistik buat acara kuadran iaitu ke pentas akhir. – Bernama

    Skuad Malaysia sebelum berangkat ke Bihar, India, bagi Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2025. – Utusan Malaysia
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda