Saturday, January 4, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia lulus lesen penyedia media sosial, aplikasi pemesejan

    KUALA LUMPUR, 1 JAN – Penyedia platform media sosial dan aplikasi pemesejan yang beroperasi di Malaysia telah mula menerima lesen selepas undang-undang baharu yang mewajibkan pengawalan perkhidmatan tersebut mula berkuat kuasa, menurut pengawal selia multimedia Malaysia hari ini.

    Gergasi internet China, Tencent, yang mengendalikan aplikasi pemesejan popular WeChat, dan firma teknologi China ByteDance, yang mengendalikan TikTok, berjaya memperoleh lesen itu, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan.

    Ia menambah bahawa Telegram berada di peringkat akhir proses pelesenan, manakala Meta, yang memiliki Facebook, WhatsApp, dan Instagram, telah memulakan proses untuk mendapatkan lesen bagi mengendalikan platform-platform tersebut di negara itu.

    Namun, kedua-dua X (dahulunya Twitter) dan Google, yang mengendalikan YouTube, masih belum mengemukakan permohonan mereka, kata suruhanjaya itu.

    Dewan Rakyat Malaysia meluluskan pindaan kepada undang-undang komunikasi dan multimedia pada 9 Disember 2024, yang mewajibkan penyedia perkhidmatan yang beroperasi di Malaysia untuk memperoleh lesen, memetik keperluan untuk mengukuhkan keselamatan dalam talian, meningkatkan perlindungan pengguna, terutamanya bagi kanak-kanak dan kumpulan yang terdedah, serta meningkatkan pengawasan pengawalseliaan. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda