Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Malaysia mara ke separuh akhir skuasy

    KUALA LUMPUR, 15 DIS – Malaysia mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2022 di Kaherah, namun tugas berat menanti skuad wanita negara untuk menentang pasukan tuan rumah, Mesir.

    Pada perlawanan peringkat suku akhir malam kelmarin, pasukan Malaysia mempamerkan persembahan terpuji untuk menumbangkan juara Asia, Hong Kong 3-0, sekali gus membalas dendam atas kekalahan 2-1 dalam pertemuan akhir peringkat Asia bulan lepas.

    Pemain nombor 33 dunia, Aifa Azman membuka langkah kanan dan jalan kemenangan buat Malaysia dengan menewaskan Chan Sin Yuk 11-5, 11-5, 8-11, 12-10, sebelum Chan Yiwen meneruskan kecemerlangan dengan menundukkan Tong Tsz Wing 11-1, 7-11, 11-0, 10-12, 11-6 selepas pertempuran selama 42 minit. Pada perlawanan ketiga, pemain nombor 24 dunia, Rachel Arnold membelasah Lee Ka Yi 11-6, 11-6, 11-7 untuk mengesahkan kemenangan buat Malaysia.

    “Ia adalah Pasukan Dunia pertama saya jadi rasanya luar biasa, saya tidak sangka untuk pergi sejauh ini. Kami hanya bermain selangkah demi selangkah, kalah menentang Perancis semalam, dan selepas itu, kami mengadakan perbincangan dan kami berikrar untuk hanya bermain di gelanggang demi pasukan, dan berikan yang terbaik,” kata Yiwen dalam laman rasmi kejohanan selepas perlawanan itu. Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan dwitahunan itu ialah apabila Datuk Nicol David, Low Wee Wern, Delia Arnold dan Zulhijjah Azan menduduki tempat kedua pada edisi 2014. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 23 November 2022 menunjukkan Aifa Azman semasa beraksi dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2022 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Pasukan Dodgeball Brunei sertai ADC

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...