Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia masih tunggu keputusan Arab Saudi berhubung kuota haji

    TAWAU, 27 FEB – Malaysia masih menunggu keputusan akhir daripada kerajaan Arab Saudi berhubung kuota untuk rakyat Malaysia mengerjakan ibadah haji di negara itu.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata sehingga kini kerajaan belum menerima jumlah kuota yang diperuntukkan Arab Saudi, iaitu kebiasaannya Malaysia dibenarkan menghantar seramai kira-kira 32,000 jemaah. “Sekiranya sudah ada angka yang tepat, kita akan mula menyaring para jemaah layak untuk pergi mengerjakan haji tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Inspirasi Kasih Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini hari ini. Selain itu, berikutan peningkatan sebanyak 15 peratus cukai tambah nilai (VAT) dikenakan Arab Saudi, kos haji turut meningkat tahun ini.

    “Begitu juga kos hotel di Arab Saudi akan meningkat disebabkan SOP mengurangkan jumlah jemaah dalam satu bilik, kerajaan pastikan ia tidak akan membebankan jemaah layak,” katanya. -Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda