Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Malaysia perlu contohi Laos untuk kepengerusian ASEAN lebih proaktif’

    VIENTIANE, 26 SEPT – Malaysia wajar memanfaatkan pengalaman Laos sebagai panduan untuk tampil lebih proaktif dan bersedia apabila mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun hadapan.

    Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud berkata meskipun Laos merupakan negara dengan kedudukan ekonomi lebih rendah berbanding negara-negara ASEAN lain, Malaysia boleh belajar dari pendekatan negara itu dari segi aspek hospitaliti.

    “Walaupun Laos menghadapi kekangan kewangan, tenaga kerja dan kemudahan, mereka telah memberikan yang terbaik setakat ini.

    “Malaysia, antara negara pengasas ASEAN, harus mempamerkan kemampuan yang lebih baik dengan kelebihan kemudahan dan pengalaman yang kita miliki,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau menambah bahawa Malaysia mempunyai persediaan lebih baik untuk mengambil alih kepengerusian ASEAN buat kali kelima, setelah pernah memegang jawatan itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

    “Berbanding Laos yang mengalami kekangan dari segi bilik hotel, di Malaysia Alhamdulillah kita mempunyai banyak hotel yang bagus dan baik. Malaysia tidak mengalami masalah dari segi pengangkutan dan penginapan berbanding di sini,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda