Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia perlu lebih banyak pelaburan dalam industri E&E

    KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Malaysia perlu memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan pelaburan dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi di bawah revolusi Industri 4.0.

    Timbalan Presiden Kebangsaan Persatuan PKS Malaysia, Ong Chee Tat berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini perlu meningkatkan usaha untuk setanding dengan peserta yang lebih besar, serta mengikuti trend terkini dalam automasi dan teknologi.

    Beliau berkata, dari segi revolusi Industri 4.0, PKS tempatan tidak mempunyai ekonomi bidangan berbanding dengan negara-negara lain, dan oleh itu, tidak boleh mendapat pulangan yang lebih cepat daripada pelaburan mereka.

    “Syarikat besar boleh mengeluarkan perbelanjaan dahulu dan meraih hasil kemudian. Bagaimanapun, peserta yang lebih kecil, hanya boleh membelanjakan apa yang mereka peroleh. Ini adalah soal pelaburan modal,” katanya kepada Bernama.

    Ong berkata persatuan itu telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai dana yang diperlukan untuk merangsang PKS untuk maju ke Industri 4.0.

    Beliau berkata PKS tempatan perlu mengubah minda mereka, daripada yang bergantung kepada buruh asing, kepada mengautomasikan proses perniagaan mereka melalui penggunaan teknologi seperti robotik, Internet of Things dan pengkomputeran awan.

    “Ini memerlukan peningkatan tenaga kerja dan bakat,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda