PUTRAJAYA, 23 JUN – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan pihaknya tidak mempunyai pilihan selain mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta, syarikat induk Facebook, susulan kerjasama tidak memadai daripada Meta untuk menurunkan kandungan memudaratkan daripada platformnya. Menurut MCMC, platform Facebook sejak akhir-akhir ini telah dibelenggu dengan jumlah kandungan memudaratkan yang signifikan membabitkan

