Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Malaysia pertimbang mekanisme RFI

    KUALA LUMPUR, 3 DIS – Malaysia sedang mempertimbangkan secara aktif mekanisme permintaan maklumat (RFI) untuk pengurangan karbon arang batu dan kemungkinan penghapusan arang batu lebih awal dengan mempamerkan pendekatan yang berpandangan ke hadapan terhadap tindakan mitigasi iklim dan kelestarian alam sekitar.

    Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyertai pelancaran acara coal transition accelerator Perancis semasa Persidangan ke-28 Pihak-Pihak (COP) kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Dubai kelmarin, menggariskan cabaran besar yang dihadapi oleh Malaysia dan negara membangun yang lain.

    Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata cabaran ini merangkumi bidang tenaga, ekonomi, sosial dan alam sekitar, terutamanya bagi negara yang bergantung kepada loji arang yang masih awal dan baharu.

    Walaupun begitu, menteri itu menekankan dasar Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap pembinaan dan pembangunan loji arang batu baharu sambil menyarankan keperluan untuk mewujudkan sistem tenaga yang boleh dipercayai, kos efektif dan mampan dalam menghadapi halangan ini.

    Sementara itu, pada acara berkenaan, Nik Nazmi turut menyatakan minat Malaysia untuk memahami perjanjian Perkongsian Peralihan Tenaga Adil (JETP) yang disertai kerajaan Vietnam, dalam merealisasikan pembiayaan dan sokongan untuk peralihan tenaga mampan, yang mana boleh dicontohi oleh Malaysia. – Bernama

    Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan) bersama bersama semasa pelancaran Rangka Kerja Kewangan Peralihan Maybank di Pavilion Malaysia. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...