Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia Prihatin, Sarawak juga prihatin – Abang Johari

    SIMANGGANG, SARAWAK, 31 OGOS – Kerajaan negeri Sarawak telah bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan persekutuan dengan menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat sewaktu pandemik COVID-19 ini, sesuai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, ‘Malaysia Prihatin’, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata pelbagai program pembangunan yang sedang atau sudah dilaksanakan di negeri itu juga terus menjadi agenda pengisian kemerdekaan yang sebenarnya.

    “Kerajaan persekutuan menyediakan pelbagai bantuan di bawah Bantuan Prihatin Nasional. Kerajaan Gabungan Parti Sarawak juga menyediakan pelbagai bantuan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang atau BKSS,” katanya semasa berucap pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Suarah di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda