Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia promosi produk kayu mampan

    KUALA LUMPUR, 24 SEPT – Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai akan mempamerkan kayu-kayan dan produk berasaskan  kayu Malaysia di samping dasar yang menyokong pembangunan industri yang lestari.

    Menerusi kenyataan pada Jumaat, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) menjelaskan pelaksanaan pembangunan mampan bagi industri perkayuan dalam sektor komoditi tani akan menjadi naratif penting bagi pengunjung dan delegasi perdagangan ke Pavilion Malaysia.

    Pavilion Malaysia mengangkat tema ‘Energising Sustainability’ di ekspo dunia itu yang akan berlangsung mulai 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022, di samping mengetengahkan kayu Meranti sebagai bahan untuk mewujudkan Pavilion Kanopi Hutan Hujan Malaysia sekali gus menunjukkan pernyataan tegas mengenai sumber perhutanan mampan negara.

    Berona nada merah kecoklat-coklatan pekat, kayu Meranti memiliki daya rintangan yang tinggi daripada meleding atau memutar dan sangat sesuai untuk pengacuan dan kerja kayu dalaman. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda