Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Malaysia rekod peningkatan kes penipuan dalam talian

    GEORGE TOWN, 26 MEI – Malaysia menyaksikan peningkatan ketara bagi kes penipuan dalam talian sejak dua tahun kebelangan ini, kata Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin.

    Beliau berkata, antara tahun 2020 dan 2022, jumlah aduan berkaitan penipuan telah meningkat sebanyak 100 peratus.

    “Daripada hanya 548 aduan pada 2020 kepada 1,124 pada tahun 2022, dengan jumlah kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

    “Pada tahun 2022, aduan berkaitan penipuan merangkumi hampir 60 peratus daripada keseluruhan aduan yang diterima oleh pihak kami,” katanya kepada media di program Bersama InvestSmart @Penang 2023 yang telah dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

    Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya telah menyenaraikan seramai 267 nama ke dalam Senarai Peringatan Pelabur Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan menyekat 166 laman web dan 224 akaun media sosial yang disyaki menjalankan penipuan pelaburan tahun lepas.

    Di samping itu, Awang Adek berkata, pada suku pertama tahun ini sebanyak 84 entiti ditambahkan dalam senarai SC itu dan menyekat sebanyak 61 laman web dan 80 akaun media sosial.

    “Bagi saya, ini satu tahap yang membimbangkan,” katanya.

    Awang Adek berkata, pihaknya secara berterusan, mengambil tindakan untuk menyekat dan membanteras aktiviti penipuan atau scam, yang semakin berleluasa di negara ini. – Bernama

    Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...