Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia sahkan komitmen terhadap pembangunan bandar mampan

    BANGKOK, 21 APRIL – Malaysia sekali lagi menegaskan komitmennya dalam memajukan pembangunan bandar mampan menerusi dasar dan inisiatif yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, khususnya SDG 11 yang menjamin bandar dan penempatan manusia yang inklusif, selamat, berdaya tahan dan lestari.

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menekankan kemajuan ketara Malaysia di bawah dasar ‘Perumahan untuk Semua’ dan dalam tempoh tiga tahun yang lalu, sebanyak 466,421 unit rumah mampu milik sudah siap dibina, iaitu 93.3 peratus daripada sasaran 500,000 unit yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (sejak 2021), sekali gus meningkatkan kadar pemilikan rumah negara kepada 77 peratus.

    “Kualiti hidup bandar kekal menjadi keutamaan. Malaysia komited untuk membina 1,000 taman rekreasi MADANI dan menanam 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun menerusi Program Penghijauan Malaysia, melepasi sasaran awal,” katanya ketika menyampaikan kenyataan negara semasa Sesi ke-81 Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik (CS81) di Pusat Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, hari ini.

    Nga turut menekankan peranan Semakan Tempatan Sukarela (VLR) dalam memperkukuh struktur tadbir urus. – Bernama

    Sebuah kereta yang merupakan sebahagian daripada konvoi meninggalkan Hotel Rosewood di Bangkok pada 17 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda